Rabu, 22 Julai 2009

MADU LEBAH KG. DURIAN PAHIT BUKIT KECIL

LAWATAN MUHIBBAH KOMUNITI BESTARI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Komuniti Bestari Mukim Merchang akan menerima kunjungan muhibbah daripada Komuniti Bestari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25/7/2009 (Sabtu). Ini merupakan satu penghormatan dan peluang keemasan bagi kedua-dua Komuniti Bestari tersebut menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat pada masa yang akan datang.

Hasil pertemuan ini akan membawa kepada pertukaran pendapat dan idea untuk memantapkan lagi Komuniti Bestari masing-masing di samping mengetengahkan produk-produk Komuniti Bestari yang berdaya saing waima pertemuan yang terjalin terlalu singkat.

Komuniti Bestari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkenaan dijangka tiba pada pukul 2.00 petang dan selaku tuan rumah, Komuniti Bestari Mukim Merchang akan menyediakan jamuan makan tengahari dengan tema menu makanan tradisi terengganu ala kampung pada hari tersebut.

Selasa, 7 Julai 2009

SEPAKAT BESTARI 'NGAIL BESTARI '09

Program Sepakat Bestari 'Ngail Bestari' merupakan satu program yang dirangka oleh Komuniti Bestari Mukim Merchang di bawah Komuniti Bestari Daerah Marang. Program ini dicetuskan sebagai salah satu aktiviti tahunan bagi produk pelancongan yang terdapat dalam Mukim Merchang khusus bagi memperkenalkan produk sukan memancing di dalam negara yang berkeupayaan menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi yang menyumbang sumber pendapatan kepada penduduk setempat terutamanya nelayan.


Bertitik tolak daripada usaha ini, satu program yang dikenali sebagai Sepakat Bestari 'Ngail Bestari '09 telah dilancarkan pada 9 Julai 2009 yang lalu bertempat di Pantai Merchang sebagai tapak permulaan sebelum ke laut bermula jam 8.30 pagi.

Majlis pelancaran pakej ini telah disempurnakan oleh
Yang Berhormat Encik Yahya bin Khatib Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu merangkap ADUN Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu.



Para peserta terdiri program ini terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan dan semua komuniti bestari dalam daerah Marang. Program ini juga turut melancarkan pakej Ngail '09 untuk ditawarkan kepada penduduk tempatan sekitar daerah Marang dan pelancong dari luar daerah Marang dengan nilai RM 450.00 meliputi penyediaan bot, penginapan (Home Stay) dan makan minum.


Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang ke Blog Komuniti Bestari Mukim Merchang. Ia adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memaparkan aktiviti dan produk kami. Terima kasih kerana meluangkan masa mengunjungi blog kami ini.