Program Sepakat Bestari 'Ngail Bestari' merupakan satu program yang dirangka oleh Komuniti Bestari Mukim Merchang di bawah Komuniti Bestari Daerah Marang. Program ini dicetuskan sebagai salah satu aktiviti tahunan bagi produk pelancongan yang terdapat dalam Mukim Merchang khusus bagi memperkenalkan produk sukan memancing di dalam negara yang berkeupayaan menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi yang menyumbang sumber pendapatan kepada penduduk setempat terutamanya nelayan.Majlis pelancaran pakej ini telah disempurnakan oleh
Yang Berhormat Encik Yahya bin Khatib Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu merangkap ADUN Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan